Ahad, 21 September 2008

YANG TERSURAT & TERSIRAT

Masa berlalu sangat pantas, 18.09.2008 genap sebulan perkahwinan Jah & ust Im kebetulan pulak kelab fasi buat majlis Ifthar di restoran baru ust Im di surau lama lapangan terbang... Dalam majlis tu adalah di umumkan majlis walimah sahabat2 selepas raya dan ucapan tahniah kepada baby2 yg baru lahir... Ada seorang sahabat bertanya pengalaman untuk menempuh alam rumah tangga, jah hanya termampu beri sedikit nasihat sahaja... Ahad baru ni pulak ada seorang sahabat bertanya macam mane Ibrahim boleh ambil jah sebagai isteri.. kalau nak di cerita terlalu panjang al-kesahnya... Kalau nak kata kenal memang tak kenal sepenuhnya pada awalnya... ust Im hanya tau nama penuh jah sebulan selepas bertunang, dia ingat nama jah Nurul Najjah pada awalnya.. dan Tarikh lahir jah pulak ust im tau 2 bulan lepas bertunang, tu pun mak ust im yang suruh tanya kan, baru kami tau yang kami lahir bulan dan tahun yang sama beza cuma 6 hari je.. ust im ingat jah lebih tua dari dia sebab semua ajk PLPDT (Persatuan Lepasan Pelajar Darul Taqwa) panggil jah dengan panggilan "kak najjah" walaupun ramainya ajk muslimin lebih tua dari jah... hehehe...

Jah mula terlibat dalam PLPDT menlalui seorang customer kedai iaitu ust syahril alim (salah seorang MT PLPDT), melalui dia jah kenal ust im, berkebetulan, ust im adalah sahabatnya, jodoh tak kemana, ust im selalu datang untuk menguruskan berkaitan PLPDT bersama ust syahril, tapi hanya menjadi customer tetap macam costemer lain untuk menempah banner masing-masing, tapi.... semua design banner yg ditempah ust im, jah yg buat... kalu design customer lain jah biasa pastt pada designer lain, tapi,, yang ust im ni punya, jah sukar nak lepaskan pada pekeja jah bermula dari banner PLPDT, banner nasi ayam batu 6, banner as-syakirin, banner jawatan kosong dan sehinggalah banner pilihan raya 2008...

Pilihan Raya 2008, Jah bertugas di markaz muslimat DUN Pengkalan Berangan, dari segi kelengkapan buat kerja ni memang kurang sempurna, ada komputer tapi dah bertahun tak guna sampai semut buat sarang, jah minta tolong abang lie (abang jah) repair, tapi setelah diushakan, tak menjadi.. Jah minta tolong SU DUN sediakan satu komputer untuk muslimat, SU Luluskan dan dapatlah sebuah komputer lama juga yang agak slow, tapi masih boleh digunakan... Komputer plak buat hal 2 hari sebelum pilihan raya berlangsung, Jah panggil orang DUN baikinya, tapi tak berjaya jugak.. Akhirnya jah hubungi ust im bertanyakan, "Dimana punyai kedai baiki dgn segera", ust im sebelum ini ada menyebut tentang rakannya yang mahir komputer, dan ust im sudi tolong hantarkan pada rakannya itu. Jah dan sahabat baik jah Rudi terus ke batu 6 tanpa melengahkan masa. Komputer tue siap dibaiki tanpa sebarang bayaran oleh sahabat ust im.. Masa tu lah si Rudi duk usik2 jah dgn ust im, tapi jah rasa dia dah berpunya.. selepas pilihan raya berlalu, Nisa' K.Terengganu menganjurkan satu kursus kahwin yang bertempat di hotel kenangan, jah pada mulanya, segan untuk menawarkan kursus tersebut, tetapi,, hanya itu sahaja cara untuk mengetahui status ust im, apabila ditawarkan kepada ust im, ust im mintak kursus kahwin untuk 3 borang dgn jah, satu untuk ust im, untuk sepupunya dan satu lagi untuk jah... jah cuba menolak dgn baik, lagi pun jah belum terniat untuk berkahwin ketika itu, kerana jah banyak memikirkan tanggungjawab dan kesibukan yang jah pikul selama ini, waktu itu, jah fikirkan yang jah belum bersedia untuk berumahtangga.. tanpa disedari, terbibit mesra, keserasian dan perasaan di antara kami, sehingga kami sama-sama mengadakan solat hajat dan istiqarah, semoga pilihan kami tepat dan memang dijodohkan didalam catatan di luhmahfuz.. Jah & ust im punyai kenangan pahit yang sama sebelum ni yang tak akan dapat kami berdua melupakan, ia telah banyak mematangkan kami berdua, dan kami juga mempunyai pendapat yang tak jauh beza iaitu tidak akan bercinta sebelum kahwin dan hanya akan bercinta selepas kahwin.

Umi, abah dan mak, ayah ust im bertemu muka untuk kali pertama pada 17hb april 2008, apabila ust im menghantar mak ayahnya ke kedai jah, dan tak pun melengahkan masa, dalam perbincangan itu, sepakat menetapkan pada 26hb sebagai tarikh pertunangan kami, hanya 2 hari kami bertemu muka, dan 9 hari berikutnya kami bertunang. ust im dan jah melangsungkan pertunangan pada 26 April 2008 dengan suasana penuh barakah, dan mengikuti apa yang ditetapkan oleh syariat islam, sebagaimana dikehendaki oleh mak ayah ust im, itu jualah kehendak umi dan abah selama ini iaitu syariat mendahului adat, sebagaimana ramai yang mengadakan majlis pertunangan yang penuh pembaziran, maksiat dan melampaui adat dari syariat. setelah berlalu 115 hari dari hari pertunangan jah dan ust im, maka telah menetapkan pada 18 Ogos 2008 sebagai hari untuk jah dan ust im di satukan, jah dan ust im diijab kabulkan pada jam 11 tengahari bertempat di rumah jah di pasir puteh marang, suasana adalah seperti mana dianggarkan, iaitu kehadiran tetamu amatlah ramai, sehinggakan kena menyiapkan hampir 11 kawah gulai, dan bermacam-macam hidangan lauk pauk lain,,,

Bait muslim yang amat bermakna dalam hidup jah dan ust im... Tempoh Bertunang banyak dugaannya, dimana kami dicoba, dan kami diuji dengan pelbagai masalah dari luar dan dari kami sendiri, kami sama-sama hadapi segalanya itu dengan hati terbuka dan tabah... Kini walaupun sebulan lebih kami berkahwin, cinta kami mekar dan terus mekar... Hidup ini lebih tenang disamping suami tersayang... Syukur pada Mu ya Ilahi atas segala yang tersurat dan tersirat, segalanya penuh dengan hikmah walaupun tidak pernah ku ketahui......................Amin Ya Rabb

Sabtu, 20 September 2008

Nikmat Berumahtangga


Sesebuah rumahtangga yang terbina dari sepohon tumbuhan yang bertunjangkan kejujuran dan keikhlasan, akan menampakkan kehijauan pada daunnya,, tatkala musim berganti, ia tetap ceria dan teguh,,

salam buat teman-teman seperjuangan, kita,, sebagai ummat Nabi Muhammad s.a.w. seharusnya bersyukur, kerana hanya ummat Nabi Muhammad sahaja diberikan pelbagai nikmat kehidupan, di dunia dan di akhirat,, dengan menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai contoh dalam mewujudkan rumahtangga yang harmoni lagi dirahmati Allah taala,,

Rumahtangga adalah anugerah Allah kepada seluruh ummat manusia bagi mensyukuri akan nikmatnya dan kita akan lebih mentaati akan seruanNya,, setiap seseorang yang berumahtangga akan merasai wujudnya kasih sayang yang hakiki, yang tiada bandingnya.

bersambung..... :-)